KUMPULAN KEMBARA ILMU

    

Ketua kumpulan: Dr. Mohd Nazri bin Zainuddin

Ahli Kumpilan    : En. Sahanudin Bin Yusof


 

 

SINOPSIS PROJEK INOVASI

             Inovasi yang dihasilkan ialah “Inovasi Penganjuran Aktiviti dalam Talian”. Melalui inovasi yang diperkenalkan ini, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Jawatankuasa Budaya, Jawatankuasa Kebudayaan dan Kesenian serta Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kebudayaan dan Kesenian. Mereka boleh menggunakan pelbagai platform untuk mengadakan aktiviti seperti google meet, video akan dihantar atau dikirim melalui whatsapp, telegram dan email.

             Inovasi ini bertujuan untuk memudahkan penganjur melaksanakan aktiviti tanpa bersemuka dengan para peserta. Di samping itu, bilangan para peserta boleh ditingkatkan kerana penyertaan secara dalam talian. Maksudnya, mereka tidak perlu hadir ke lokasi untuk menyertai pertandingan.

            Impak daripada inovasi ini ialah:

   a) Penjimatan kos dari aspek pengurusan tempat pertandingan seperti hiasan pentas                   atau dewan, kos tenaga kerja, kos elektrik dan pembelian peralatan pertandingan. 


   b) Penyertaan yang ramai iaitu meliputi seluruh negara.

   c)   Promosi atau publisiti dapat dipertingkatkan kerana poster pertandingan / aktiviti  

        disebarkan melalui media sosial seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram, emel  
           
        dan tiktok.

 

  

SELAMAT DATANG

Selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menerangkan mengenai inovasi penganjuran pertandingan dalam talian kolaborasi antara Jabatan Pengajian Melayu IPGKI dengan beberapa perpustakaan Desa sekitar Ipoh.